Selamat datang ke laman Program Sedekah Ramadan - "Seorang Sekampit Beras".


Program ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik dalam menjalani ibadah puasa mereka di Bulan Ramadan al-Mubarak seterusnya membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Eid-Ul-Fitr.


Program ini dianjurkan oleh Sahabat UNITEN Islamic Centre Community Service (UNICOMMSERV), PPIP dengan kerjasama oleh Pusat Pengajian Islam dan Peradaban (PPIP), UNITEN. Program ini bertempat di Masjid UNITEN, Universiti Tenaga Nasional, KM 7, Jalan Kajang-Puchong, 43009, Kajang, Selangor.



Untuk navigasi laman ini sila klik pada mana-mana link yang terdapat di bahagian kiri page ini.



Selamat melayari laman kami dan semoga sumbangan anda mendapat rahmat dari Allah SWT...

Bermula 25 Ramadhan 1429 H bersamaan 25 September 2008, pihak Unicommserv, PPIP secara rasminya telah MENAMATKAN segala aktiviti kutipan untuk Kempen Sedekah Ramadhan: "Seorang Sekampit Beras". Ini untuk membolehkan kerja-kerja pengagihan dan audit menyeluruh dijalankan. Selain itu, langkah ini juga diambil bagi membolehkan kami mencapai target kami iaitu mengagihkan segala sumbangan yang kami terima kepada golongan sasaran sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para dermawan sekalian dan juga kepada mereka yang telah membantu menjadikan program pada tahun ini suatu kejayaan yang besar.

Tidak lupa juga kepada para petugas-petugas dari pihak Unicommserv sendiri dan juga penasihat-penasihat dari pihak PPIP yang telah berusaha bertungkus-lumus selama hampir dua bulan semata-mata untuk menjayakan program ini.

Akhir sekali, ingin diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan semoga kita berjumpa lagi pada bulan Ramadhan tahun hadapan. Insyaallah...

Sekian,
Ahmad Khairil Bin Zahari
Pengarah,
Kempen Sedekah Ramadhan: "Seorang Sekampit Beras"

1. Haron Bin Husin, 80, warga emas

  • Lokasi - Kg Bukit Lanchong, Shah Alam
  • Tinggal di kawasan perumahan PPRT
  • Tiada pendapatan tetap, hanya mengharapkan hasil penjualan ayam kampung.
  • Sumbangan diberikan - Beras (10kg), Gula (2kg), Garam (1kg), Bihun (1pkt), susu (4 tin), Tepung gandum (2kg) & RM 100.00

2. Abdul Manaf Bin Abu Bakar, 52

  • Lokasi - Kg. Bukit Lanchong, Shah Alam
  • Mengidap sakit usus sehingga memaksa tiub dipasang pada perutnya.
  • Tiada pendapatan tetap
  • Menerima bantuan bulanan dari JKM dan LZS
  • Sumbangan diberikan - Beras (10kg), Gula (2kg), Garam (1kg), Bihun (1pkt), susu (4 tin), Tepung gandum (2kg) & RM 100.00

3. Sewah Bin Sumijo, 51, pasangan OKU

  • Lokasi - Kg. Bukit Lanchong, Shah Alam
  • cacat anggota kaki dan tangannya.
  • Isteri dan anaknya juga mempunyai kecacatan yang sama.
  • bekerja sebagai pembuat komponen kereta Proton dengan upah Rm 5 bagi 1000 biji.
  • Isterinya membantu dengan mengambil upah menjaga anak orang
  • Sumbangan diberikan - Beras (10kg), Gula (2kg), Garam (1kg), Bihun (1pkt), susu (4 tin), Tepung gandum (2kg) & RM 150.00


4. Salasiah Bt Jaman, OKU

  • Lokasi - Kg. Bukit Lanchong, Shah Alam
  • Cacat anggota kaki
  • Suaminya, Abd aziz Bin Ishak, juga mempunyai kecacatan yang sama.
  • Suaminya bekerja sebagai operator kilang di Sungai Buloh, disebabkan ketiadaan pekerjaan yang sesuai di kawasan Shah Alam
  • Sumbangan diberikan - Beras (10kg), Gula (2kg), Garam (1kg), Bihun (1pkt), susu (4 tin), Tepung gandum (2kg) & RM 100.00

5. Patarol Bin Hassan

  • Lokasi - Kg Bukit Lanchong, Shah Alam
  • Sumber pendapatan - cari besi lusuh
  • Sumbangan diberikan - Beras (10kg), Gula (2kg), Garam (1kg), Bihun (1pkt), susu (4 tin), Tepung gandum (2kg) & RM 100.00

1. Penerima warga emas
  • Lokasi - Sungai Merab Luar
  • Tinggal menumpang di atas tanah milik orang lain.
  • Rumah tiada bekalan elektrik dan air.
  • Tiada pendapatan, hanya mengharapkan tanggungan dari anak-anak.
  • Sumbangan diberikan - Beras (10kg), Gula (2kg), Garam (1kg), Bihun (1pkt) & RM 30.00

2. Hjh Zaharah Abdullah, warga emas
  • Lokasi - Kg Dato' Abu Bakar Baginda
  • Mempunyai seorang anak kurang upaya yang memerlukan bekalan ubat-ubatan.
  • Ditanggung oleh anak yang juga seorang ibu tunggal beranak 2.
  • Sumbangan diberikan - Beras(10kg), Gula(2kg), Susu pekat(4 tin), Tepung gandum(2kg) & RM 100

3. Sapariah Sarmadi, 42 - Ibu Tunggal

  • Lokasi - Kg Dato' Abu Bakar Baginda
  • Baru kematian suami
  • Mempunyai 5 anak yang masih bersekolah
  • Tiada pendapatan.
  • mendapat bantuan JKM
  • memelihara ibunya yang berusia >90 tahun
  • Sumbangan diberikan - Beras(10kg), Gula(2kg), Susu pekat(4 tin), Tepung gandum(2kg) & RM 150

4. Che Mariam Che Ibrahim, 56 - Ibu tunggal

  • Lokasi - Kg Dato' Abu Bakar Baginda
  • Anak masih belum bekerja.
  • pendapatan menjaga anak jiran-jiran.
  • Salah sorang anaknya menderita penyakit tiroid dan penyakit kulit.
  • Sumbangan diberikan - Beras(10kg), Gula(2kg), Susu pekat(4 tin), Tepung gandum(2kg) & RM 100

5. Sabriah Bt. Jali, 42 - Ibu tunggal

  • Lokasi - Kg Dato' Abu Bakar Baginda
  • Anak 5 - 2 masih bersekolah
  • bergantung harap kepada sumbangan anak-anak
  • Sumbangan diberikan - Beras(10kg), Gula(2kg), Susu pekat(4 tin), Tepung gandum(2kg) & RM 100

6. Subiah Sutormadi, 54 - Ibu tunggal

  • Lokasi - Kg Dato' Abu Bakar Baginda
  • anak 8 - 3 masih bersekolah.
  • menerima pencen almarhum suami - RM 500
  • Sumbangan diberikan - Beras(10kg), Gula(2kg), Susu pekat(4 tin), Tepung gandum(2kg) & RM 100

Sasaran penyerahan segala kutipan yang dibuat:-

  • Golongan fakir atau miskin
  • Ibu-ibu tunggal
  • Mahasiswa UNITEN (yang layak dan betul-betul memerlukan bantuan)
  • Institusi-institusi kebajikan:
  • - Rumah anak-anak yatim
  • - Rumah orang-orang tua
  • - Pusat-pusat pemulihan remaja
  • - Pertubuhan kebajikan yang berkaitan

Walau bagaimanapun, tumpuan akan diberikan kepada dua golongan iaitu golongan fakir, miskin dan juga ibu-ibu tunggal diamana hasil kutipan akan diberikan kepada golongan ini dahulu dan selebihnya barulah diberikan kepada golongan yang lain.

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah:-

  • Menggalakkan amalan bersedekah di antara umat Islam terutamanya di Bulan Ramadan yang mulia ini.
  • Menanamkan kesedaran tentang kepentingan bersedekah kepada sistem ekonomi umat Islam.
  • Membantu mengurangkan jurang ekonomi di antara golongan berpendapatan tinggi dan juga golongan berpendapatan rendah.
  • Mewujudkan suasana bantu-membantu di kalangan ahli masyarakat setempat.

Alhamdulillah Program ini telahpun berjalan selama 1 minggu dan ini adalah hasil kutipan kami selama seminggu:-

  • 1 Ramadhan 1429 H - RM 0.00
  • 2 Ramadhan 1429 H - RM 30.00
  • 3 Ramadhan 1429 H - RM 50.00
  • 4 Ramadhan 1429 H - RM 290.00
  • 5 Ramadhan 1429 H - RM 915.00
  • 6 Ramadhan 1429 H - RM 180.00
  • 7 Ramadhan 1429 H - RM 0.00

Jumlah = RM 1465.00

Terima kasih kepada para penderma yang budiman dan juga para petugas yang telah membantu. Semoga sumbangan anda semua dirahmati Allah SWT.






Alhamdulillah, Ramadhan sudah hampir tiba. Ini bermakna program SEDAR ini sudah hampir pada permulaannya. Jadi kiranya bolehlah saya meletakkan nombor telefon mereka yang bertanggungjawab dalam program ini dan juga nombor akaun bagi sesiapa yang ingin memberikan sumbangan mereka kepada kami.

Contact Person...
Ahmad Khairil Bin Zahari - 019-2662343
Mohamed Iqram Beg Bin Aziz Beg - 013-6249003

Account Number...
CIMB
Sahabat Unicommserv - 12470079751529

Brochure untuk program SEDAR sudah sedia untuk dicetak. Ia dibuat menggunakan konsep beras secupak dan ia boleh dilihat di seluruh bahagian brochure tersebut.

Disini disediakan pautan kepada kalkulator zakat untuk kemudahan anda.

Zakat Pendapatan

http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp

Zakat Perniagaan

http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_perniagaan.asp

Zakat Wang Simpanan

http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_simpanan.asp

Zakat Emas & Perak

http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_emas.asp

Zakat Saham

http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_saham.asp

Zakat KWSP

http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_kwsp.asp

Diharapkan pautan-pautan yang disediakan di sini dapat memudahkan urusan ibadah anda.

Alhamdulillah! Setelah puas meronda d ruang siber ini akhirnya terjumpa juga dengan benda yang dicari-cari iaitu kalkulator fidyah. Diharapkan kalkulator fidyah ini dapat memudahkan urusan anda. Insyaallah...

http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/kalkulator_fidyah.asp

Anda hanya perlu klik pada pautan diatas dan anda akan dibawa ke laman Kalkulator Fidyah yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor.

Sekian...

Laman blog merupakan suatu aplikasi internet paling mudah untuk menyebarkan apa jua maklumat kepada orang ramai. Apa saja maklumat yang ingin dikongsi dapat disebarkan dalam masa hanya beberapa minit.

Jadi, kami di UNICOMMSERV ingin menggunakan sepenuh kesempatan ini untuk memanfaatkan teknologi sedia ada (readily available) dalam menjalankan aktiviti kami. Laman blog ini akan digunakan untuk menempatkan segala maklumat tentang aktiviti yang akan kami jalankan sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ini termasuklah segala aktiviti promosi, kutipan derma, dan pengagihan derma yang kami jalankan. Insyaallah segalanya akan kami bentangkan disini.

Selain membekalkan informasi kepada semua, laman ini turut akan berfungsi untuk meningkatkan lagi integriti kami sebagai pengurus derma yang akan kami kutip dari orang ramai.


Alhamdulillah... Dengan izin Allah S.W.T. maka terbinalah laman blog ini. Laman ini dibina bersempena dengan perlaksanaan sebuah program baru iaitu Kempen Sedekah Ramadhan (SEDAR). Kempen ini bertemakan "Seorang Sekampit Beras" dan ia memberi penekanan terhadap membantu golongan yang memerlukan disaat menghadapi kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Beras dipilih sebagai tema kerana kita sebagai masyarakat Malaysia, mengutamakan beras ataupun nasi sebagai makanan ruji paling utama. Ia melambangkan bagaimana perlunya kita terhadap beras sebagai sumber makanan, begitulah perlunya golongan yang kurang bernasib baik terhadap derma yang akan kita berikan.


Memandangkan kita akan memberi tumpuan kepada golongan kurang bernasib baik dalam mengharungi bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, maka program ini akan bermula insyaallah seawal 9 Rejab dan akan berakhir pada 19 Ramadhan (11 Ogos - 19 september). Ini adalah kerana kami akan mengedarkan segala derma yang kami terima kepada para penerima menjelang Hari Raya Eid-ul-Fitr.


Insyaallah, marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik agar bersama-sama kita dapat mengharungi bulan Ramadhan dengan penuh barakah.