Selamat datang ke laman Program Sedekah Ramadan - "Seorang Sekampit Beras".


Program ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik dalam menjalani ibadah puasa mereka di Bulan Ramadan al-Mubarak seterusnya membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Eid-Ul-Fitr.


Program ini dianjurkan oleh Sahabat UNITEN Islamic Centre Community Service (UNICOMMSERV), PPIP dengan kerjasama oleh Pusat Pengajian Islam dan Peradaban (PPIP), UNITEN. Program ini bertempat di Masjid UNITEN, Universiti Tenaga Nasional, KM 7, Jalan Kajang-Puchong, 43009, Kajang, Selangor.



Untuk navigasi laman ini sila klik pada mana-mana link yang terdapat di bahagian kiri page ini.



Selamat melayari laman kami dan semoga sumbangan anda mendapat rahmat dari Allah SWT...

Bermula 25 Ramadhan 1429 H bersamaan 25 September 2008, pihak Unicommserv, PPIP secara rasminya telah MENAMATKAN segala aktiviti kutipan untuk Kempen Sedekah Ramadhan: "Seorang Sekampit Beras". Ini untuk membolehkan kerja-kerja pengagihan dan audit menyeluruh dijalankan. Selain itu, langkah ini juga diambil bagi membolehkan kami mencapai target kami iaitu mengagihkan segala sumbangan yang kami terima kepada golongan sasaran sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para dermawan sekalian dan juga kepada mereka yang telah membantu menjadikan program pada tahun ini suatu kejayaan yang besar.

Tidak lupa juga kepada para petugas-petugas dari pihak Unicommserv sendiri dan juga penasihat-penasihat dari pihak PPIP yang telah berusaha bertungkus-lumus selama hampir dua bulan semata-mata untuk menjayakan program ini.

Akhir sekali, ingin diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan semoga kita berjumpa lagi pada bulan Ramadhan tahun hadapan. Insyaallah...

Sekian,
Ahmad Khairil Bin Zahari
Pengarah,
Kempen Sedekah Ramadhan: "Seorang Sekampit Beras"

1. Haron Bin Husin, 80, warga emas

  • Lokasi - Kg Bukit Lanchong, Shah Alam
  • Tinggal di kawasan perumahan PPRT
  • Tiada pendapatan tetap, hanya mengharapkan hasil penjualan ayam kampung.
  • Sumbangan diberikan - Beras (10kg), Gula (2kg), Garam (1kg), Bihun (1pkt), susu (4 tin), Tepung gandum (2kg) & RM 100.00

2. Abdul Manaf Bin Abu Bakar, 52

  • Lokasi - Kg. Bukit Lanchong, Shah Alam
  • Mengidap sakit usus sehingga memaksa tiub dipasang pada perutnya.
  • Tiada pendapatan tetap
  • Menerima bantuan bulanan dari JKM dan LZS
  • Sumbangan diberikan - Beras (10kg), Gula (2kg), Garam (1kg), Bihun (1pkt), susu (4 tin), Tepung gandum (2kg) & RM 100.00

3. Sewah Bin Sumijo, 51, pasangan OKU

  • Lokasi - Kg. Bukit Lanchong, Shah Alam
  • cacat anggota kaki dan tangannya.
  • Isteri dan anaknya juga mempunyai kecacatan yang sama.
  • bekerja sebagai pembuat komponen kereta Proton dengan upah Rm 5 bagi 1000 biji.
  • Isterinya membantu dengan mengambil upah menjaga anak orang
  • Sumbangan diberikan - Beras (10kg), Gula (2kg), Garam (1kg), Bihun (1pkt), susu (4 tin), Tepung gandum (2kg) & RM 150.00


4. Salasiah Bt Jaman, OKU

  • Lokasi - Kg. Bukit Lanchong, Shah Alam
  • Cacat anggota kaki
  • Suaminya, Abd aziz Bin Ishak, juga mempunyai kecacatan yang sama.
  • Suaminya bekerja sebagai operator kilang di Sungai Buloh, disebabkan ketiadaan pekerjaan yang sesuai di kawasan Shah Alam
  • Sumbangan diberikan - Beras (10kg), Gula (2kg), Garam (1kg), Bihun (1pkt), susu (4 tin), Tepung gandum (2kg) & RM 100.00

5. Patarol Bin Hassan

  • Lokasi - Kg Bukit Lanchong, Shah Alam
  • Sumber pendapatan - cari besi lusuh
  • Sumbangan diberikan - Beras (10kg), Gula (2kg), Garam (1kg), Bihun (1pkt), susu (4 tin), Tepung gandum (2kg) & RM 100.00

1. Penerima warga emas
  • Lokasi - Sungai Merab Luar
  • Tinggal menumpang di atas tanah milik orang lain.
  • Rumah tiada bekalan elektrik dan air.
  • Tiada pendapatan, hanya mengharapkan tanggungan dari anak-anak.
  • Sumbangan diberikan - Beras (10kg), Gula (2kg), Garam (1kg), Bihun (1pkt) & RM 30.00

2. Hjh Zaharah Abdullah, warga emas
  • Lokasi - Kg Dato' Abu Bakar Baginda
  • Mempunyai seorang anak kurang upaya yang memerlukan bekalan ubat-ubatan.
  • Ditanggung oleh anak yang juga seorang ibu tunggal beranak 2.
  • Sumbangan diberikan - Beras(10kg), Gula(2kg), Susu pekat(4 tin), Tepung gandum(2kg) & RM 100

3. Sapariah Sarmadi, 42 - Ibu Tunggal

  • Lokasi - Kg Dato' Abu Bakar Baginda
  • Baru kematian suami
  • Mempunyai 5 anak yang masih bersekolah
  • Tiada pendapatan.
  • mendapat bantuan JKM
  • memelihara ibunya yang berusia >90 tahun
  • Sumbangan diberikan - Beras(10kg), Gula(2kg), Susu pekat(4 tin), Tepung gandum(2kg) & RM 150

4. Che Mariam Che Ibrahim, 56 - Ibu tunggal

  • Lokasi - Kg Dato' Abu Bakar Baginda
  • Anak masih belum bekerja.
  • pendapatan menjaga anak jiran-jiran.
  • Salah sorang anaknya menderita penyakit tiroid dan penyakit kulit.
  • Sumbangan diberikan - Beras(10kg), Gula(2kg), Susu pekat(4 tin), Tepung gandum(2kg) & RM 100

5. Sabriah Bt. Jali, 42 - Ibu tunggal

  • Lokasi - Kg Dato' Abu Bakar Baginda
  • Anak 5 - 2 masih bersekolah
  • bergantung harap kepada sumbangan anak-anak
  • Sumbangan diberikan - Beras(10kg), Gula(2kg), Susu pekat(4 tin), Tepung gandum(2kg) & RM 100

6. Subiah Sutormadi, 54 - Ibu tunggal

  • Lokasi - Kg Dato' Abu Bakar Baginda
  • anak 8 - 3 masih bersekolah.
  • menerima pencen almarhum suami - RM 500
  • Sumbangan diberikan - Beras(10kg), Gula(2kg), Susu pekat(4 tin), Tepung gandum(2kg) & RM 100

Sasaran penyerahan segala kutipan yang dibuat:-

  • Golongan fakir atau miskin
  • Ibu-ibu tunggal
  • Mahasiswa UNITEN (yang layak dan betul-betul memerlukan bantuan)
  • Institusi-institusi kebajikan:
  • - Rumah anak-anak yatim
  • - Rumah orang-orang tua
  • - Pusat-pusat pemulihan remaja
  • - Pertubuhan kebajikan yang berkaitan

Walau bagaimanapun, tumpuan akan diberikan kepada dua golongan iaitu golongan fakir, miskin dan juga ibu-ibu tunggal diamana hasil kutipan akan diberikan kepada golongan ini dahulu dan selebihnya barulah diberikan kepada golongan yang lain.

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah:-

  • Menggalakkan amalan bersedekah di antara umat Islam terutamanya di Bulan Ramadan yang mulia ini.
  • Menanamkan kesedaran tentang kepentingan bersedekah kepada sistem ekonomi umat Islam.
  • Membantu mengurangkan jurang ekonomi di antara golongan berpendapatan tinggi dan juga golongan berpendapatan rendah.
  • Mewujudkan suasana bantu-membantu di kalangan ahli masyarakat setempat.